top of page

Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

  • Writer: Aiman Safwan
    Aiman Safwan
  • Jul 20, 2021
  • 2 min read

Updated: Jul 22, 2021

By: Aiman Safwan Zin


ree

Geometri Islam. Sumber dari Google


Allah SWT sering berikan pelbagai ujian dan cabaran kepada para rasulnya, termasuk Salah satu kisah Nabi Ibrahim yang tertulis dalam Al Quran berkaitan dengan perayaan Aidil Adha.


Kisah Nabi Ibrahim dan Ismail dituliskan di dalam Quran surah As Saffat ayat 101. Iaitu, Nabi Ibrahim lama tidak dianugerahi seorang anak kemudian Allah memberi khabar yang gembira dengan kelahiran seorang anak, Ismail.



‎"فَبَشَّرْنٰهُ بِغُلٰمٍ حَلِيْمٍ"

Terjemahan: Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail).


Kelahiran seorang putera membuatkan Nabi Ibrahim sangat gembira dan menyayangi Ismail. Namun, pada suatu hari Allah memberikan petunjuk kepada Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih Ismail sebagai tanda keimanan kepada Allah SWT.


Lalu Nabi Ibrahim bertanya kepada Anaknya Ismail mengenai mimpi tersebut. Dalam surah As Saffat ayat 102, Ismail setuju dengan perintah Allah dan bersiap untuk disembelih Ayahnya.


"‎مَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يٰبُنَيَّ اِنِّيْٓ اَرٰى فِى الْمَنَامِ اَنِّيْٓ اَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرٰىۗ قَالَ يٰٓاَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُۖ سَتَجِدُنِيْٓ اِنْ شَاۤءَ اللّٰهُ مِنَ الصّٰبِرِيْنَ"

Terjemahan: Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, "Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."


ree

Batu Putih atau Jabal Qurban adalah tempat Nabi Ibrahim menyembelihan Nabi Ismail. Sumber dari Google.


Ketika, Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Allah memanggil Nabi Ibrahim dan menghentikannya. Allah SWT pun memberikan mukjizatnya dengan mengganti Ismail dengan sembelihan haiwan seperti yang tertulis dalam surah As Saffat ayat 107.


‎"وَفَدَيْنٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ"

Terjemahan: (Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar) Allah menurunkan kambing yang besar yang kemudian disembelih oleh Ibrahim sebagai ganti dari penyembelihan anaknya.


Maka, dengan ini adalah sedikit sebanyak cerita tentang kisah Nabi Ibrahim, Bapa segala Nabi. Kita haruslah pelajari tentang bertapa dahsyatnya pengorbanan dan sayang beliau terhadap Allah SWT.


Untuk maklumat lebih lanjut;


ree

Comments


©2021 by palataopedia.

bottom of page