top of page

PKP: Bazar Ramadhan ditutup mulai 8 Mei ini

  • Writer: Aiman Safwan
    Aiman Safwan
  • May 5, 2021
  • 1 min read

Updated: Jul 22, 2021

By: Aiman Safwan Zin

ree

Gambar Bazar ramadhan dari penangfoodie


Seri Kembangan: Bazar ramadhan di negeri Selangor akan mulai tutup pada 8 mei ini, susulan kes peningkatan berterusan Covid-19 di negeri tersebut.


Di dalam sidang Khas yang berlaku petang tadi, Menteri Besar Selangor Datuk Amirudin Shari berkata "Walaupun, Semalam Yang Berhormat Menteri Pertahanan mengeluarkan arahan membenarkan operasi bazaar ramadhan, tetapi kami membuat keputusan tidak membenarkan bazar ramadhan beroperasi"


"Kami telah membuat keputusan untuk menutup segala operasi bazaar ramadhan di selangor pada 8 mei iaitu hari sabtu, untuk peniaga bazar ramadhan dapat menghabiskan stok mereka. Memandangkan mereka telah beroperasi selama 25 hari maka tidak kejam bagi kami menghentikan operasi mereka"-Kata Menteri Besar Selangor.


Walaubagaimanapun, Bazar Hari Raya dan Pasar Malam masih dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sehingga jam 10 malam dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.


ree


Comments


©2021 by palataopedia.

bottom of page