Rentas daerah tidak dibenarkan pada Hari Raya Aidilfitri
- Aiman Safwan

- May 7, 2021
- 1 min read
Updated: Jul 22, 2021
By: Aiman Safwan Zin

Pemandangan ketika Hari Raya Aidilfitri sebelum covid-19 | Foto dari google
SERI KEMBANGAN: Perjalanan antara daerah tidak akan dibenarkan semasa Hari Raya Aidilfitri di negeri-negeri yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (MCO), demikian menurut Menteri Kanan (Pertahanan) Dato Seri Ismail Sabri Yaacob pada harini.
"Umat Islam hanya dibenarkan menyambut Hari Raya Aidilfitri di daerah mereka, "bertentangan dengan saranan sebelum ini bahawa menziarah hanya akan dibenarkan pada hari pertama". - Ismail Sabri
"Pihak berkuasa akan memperketatkan lagi sekatan jalan raya di semua sempadan daerah yang di bawah perintah kawalan pergerakan mulai hari ini dan terutama pada hari pertama Hari Raya.
"Langkah ini dilakukan untuk membendung penyebaran Covid-19 kerana kami tidak ingin perjumpaan atau perhimpunan menjadi penyebab wabak ini," katanya. - EdgeProp



Comments